Wednesday, January 13, 2010
BENARKAH APA YANG SELALU SAYA LIHAT
Benarkah apa yang selalu saya lihat selama ini?Tiada yang benar-benar dapat menjawab pertanyaan saya selama ini.Ada yang cuma tersenyum dan berkata cuma halusinasi saya,saya ni banyak berangan dan berimaginasi.Bukan seorang tapi puluhan pakar perubatan tradisional,bomoh dan orang alim,ustaz2 pernah saya jumpa tapi segalanya tetap sama............8/3/2009,usia saya genap 31 tahun,dah tua bagi sesetengah orang dan masih muda bagi sesetengah orang.Seharusnya pada usia sebegini,saya sudah matang.Tetapi masalah lain mula timbul. Sebaik selesai kes suami terkena buatan orang,masalah mengenai diri saya mulai timbul satu demi satu. Malam 8/3/2009,saya ke pasar malam bersama suami dan anak2(anak saya cukup suka makan steambot).Di saat saya meninjau2 tudung di pasar malam saya terpandang perempuan tua berpakaian serba hitam(mekap,mak ai ,mengalahkan anak dara),saya kira usianya dalam lingkungan 50 an. Cara dia memandang dan tersenyum pada saya lain macam. Dan dia tersenyum melihat ke sisi sebelah kanan saya(sedangkan semasa itu tiada orang pun yang berdiri sebelah saya),tetapi saya terpaku melihat bayang2 perempuan muda muda(dalam bentuk bayang2) berpakaian serba putih dan beselendang putih berdiri di sisi wanita tersebut sambil tersenyum.Ah,mungkin saya cuma berimaginasi.Setengah jam kemudian,saya terpandang seorang wanita cantik melintas jalan,wanita 2 memang cantik,sedangkan saya yang perempuan ni pun teringin memandang berkali2,..tetapi sekali lagi saya terpaku,pada wajah wanita cantik tersebut,saya nampak 5 benda bersinar di dalam wajahnya,bentuknya seperti jarum emas,di dagu,hidung,kedua belah pipi dan dahi,kemudian saya terus amati 5 bentuk seperti berlian pada kedua belah payudara,kedua belah pinggul dan pada kemaluannya. Apakah itu susuk,saya cuba menutup mata,saya nampak wajah sebenar wanita tersebut...semua makhluk Allah jadikan cantik,kenapa perlu memilih jalan tersebut..harap2 itu cuma imaginasi saya,semoga saya x terfitnah orang laian. Sejak hari itu,tiap malam saya cuba mengelak keluar rumah waktu malam. Bukan sedikit tetapi bermacam jenis makhluk saya nampak sedikit demi sedikit. Benarlah jin cuma 1/10 dari malaikat dan manusia cuma 1/10 dari masyarakat jin dan syaitan.Jika saya pandai melukis dengan tepat,akan saya potretkan setiap wajah mereka,syukur saya tiada bakat tersebut.pernah aku berjumpa seorang ustaz,kerana aku tahu manusia tidak boleh melihat jin tetapi jin boleh melihat manusia,kerana golongan jin pernah meminta dari Allah yang maha Esa agar mereka tidak boleh di lihat manusia tetapi boleh melihat manusia. Aku pernah terbaca sebuah buku karangan seorang ulamak,bahawa sesungguhnya sesiapa yang mendakwa pernah melihat jin,maka mereka itu berdusta,atau mereka boleh melihat jin yang telah berubah bentuk....apakah beribu jenis yang aku pernah lihat setiap hari 2 yang telah berubah bentuk. Aku tanyakan soalan 2 pada ustaz yang aku kagumi kerana caranya yang tenang dan lembut bila berbicara..katanya memang ada dalil yang manusia tidak boleh melihat jin tetapi kuasa Allah melebihi segala2nya,Allah lebih tahu apa yang kita tidak tahu.Bila mata ketiga dibuka maka segala yang x terjangkau difikiran pun boleh kita lihat,segalanya hanya untuk menguji sejauh mana keimanan kita padaNya
Subscribe to:
Comments (Atom)

